Mandian
- Mandi menggunakan air yang disimpan dalam kolah atau baldi adalah lebih menjimatkan dari air pancuran.
- Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.
Penggunaan tandas
- Gunakan peralatan dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
Membasuh kenderaan
- Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor.
- Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.
Tadahan air hujan
- Tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok.
- Bil air dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.
Mencuci pakaian.
- Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
- Gunakan sabun pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan sisa sabun tersebut mencemari sumber air.
- Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, dan bukan terus dari paip.
Menyiram pokok
- Jangan gunakan hos getah sebaliknya gunakan baldi.
Kebocoran paip atau saluran
- Dari masa ke semasa, perhatikan paip-paip rumah anda sama ada mengalami kebocoran atau tidak. Sekiranya bocor, tukar segera peralatan yang rosak bagi mengelakkan pembaziran air.
Dipetik:
1 comments:
jyeah..!! lengkap betoll la.. thanks 4 all the information.. n_n
Post a Comment