Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS
Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Thursday, May 27, 2010

APA ITU HAK PENGGUNA?

Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Manakala pengguna yang bertanggungjawab pula adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.

Antara hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Masyarakat seharusnya sedar betapa pentingnya Pendidikan Pengguna agar kita menjadi pengguna yang bijak. Pendidikan Pengguna adalah satu pelajaran yang wajib dipelajari sehingga bila-bila selagi kita digelar pengguna.

Jadi, apa tanggungjawab kami?!

Aaa... Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:

Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

Pengelibatan dan tindakan
Pengguna mestilah terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.


Rujukan:

Tip penjimatan penggunaan air

Mandian

  • Mandi menggunakan air yang disimpan dalam kolah atau baldi adalah lebih menjimatkan dari air pancuran.
  • Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.

Penggunaan tandas

  • Gunakan peralatan dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.

Membasuh kenderaan

  • Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor.
  • Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.

Tadahan air hujan

  • Tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok.
  • Bil air dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.

Mencuci pakaian.

  • Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
  • Gunakan sabun pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan sisa sabun tersebut mencemari sumber air.
  • Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, dan bukan terus dari paip.

Menyiram pokok

  • Jangan gunakan hos getah sebaliknya gunakan baldi.

Kebocoran paip atau saluran

  • Dari masa ke semasa, perhatikan paip-paip rumah anda sama ada mengalami kebocoran atau tidak. Sekiranya bocor, tukar segera peralatan yang rosak bagi mengelakkan pembaziran air.
Dipetik:

Tip menjimatkan tenaga elektrik

  1. Pilih penghawa dingin yang bersesuaian dengan saiz bilik.
  2. Kurangkan penggunaan penghawa dingin dengan menanam pokok yang memberikan teduhan dan buka tingkap untuk membenarkan aliran udara masuk.
  3. Pilih jenis lampu yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan) dan letakkan lampu di sudut bilik.
  4. Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika (menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa). Ini kerana, seterika menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk memanaskannya.
  5. Jangan letakkan makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Tutup suis semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelak pembaziran elektrik pada setiap masa.
Dipetik:


Tip menjimatkan petrol dan diesel

Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.

1. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.

2. Kurangkan perjalanan jarak dekat.

3. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.

4. Pastikan tekanan tayar anda berada pada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.

5. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.

6. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.

7. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.

Dipetik:

http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=218&Itemid=18

Tip menjimatkan penggunaan sumber tenaga

  1. Berjalan, mengayuh basikal, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk ke destinasi yang ingin dituju.
  2. Gunakan peralatan jimat elektrik dan berstatus"Energy Save".
  3. Guna alat pendingin hawa pada suhu yang selesa dan sesuai.
  4. Tutup suis lampu dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan.
  5. Tutup semua suis dan cabut plug bagi barangan elektrik yang tidak digunakan, ini kerana walaupun peralatan tersebut telah ditutup (off), masih terdapat sedikit tenaga elektrik yang masih mengalir atau sedang digunakan.
  6. Tanam pokok untuk memberikan teduhan daripada matahari. Ini boleh menjimatkan penggunaan alat hawa dingin atau kipas.
  7. Amalkan sikap mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula barangan (Reduce,reuse, recycle).
  8. Bergerak ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini boleh menjimatkan penggunaan petrol.
Dipetik:

Tip memilih bahan makanan secara selamat

Pilih bahan mentah yang segar

  1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
    1. Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk
  2. Makanan laut (ikan,udang,sotong,ketam)
    1. Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal
    2. Cerah dan matanya tidak tenggelamSegar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering)
    3. Tidak berbau busuk
    4. Isi yang kenyal
    5. Udang tidak rosak,kulitnya lutsinar tanpa tompok hitam
  3. Daging
    1. Segar dan tidak berselaput
    2. Tidak busuk
  4. Ayam
    1. Segar
    2. Tidak busuk dan tidak bertukar warna
    3. Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya
  5. Telur
    1. Tidak retak atau bocor
    2. Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit telur.
  6. Bijirin / Kekacang
    1. Tidak berkualiti
    2. Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
    3. Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah

Pilih makanan yang selamat

  1. Makanan dalam tin
    1. Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat
    2. Tudungnya tidak kembung
    3. Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah.
  2. Makanan yang dibungkus
    1. Tidak bocor atau kotor
    2. Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus.

Pilih Makanan yang telah dimasak dengan sempurna

  • Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang di bahagian dalamnya.
  • Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu
  • Ikan yang telah dimasak mesti sudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak berwarna merah jambu
  • Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar

Pilihan makanan yang baru dimasak

  • Elakkan daripada memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk dimakan
  • Lebih baik makan sebaik sahaja selepas dimasak
  • Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk beberapa lama

Pilih makanan yang disimpan dengan betul

  • Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam, dan ikan) sepatutnya disimpan pada suhu yang betul
  • Makanan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan mentah
  • Elakkan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama (lebih 4 jam)
  • Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan
  • Makanan yang sedia untuk dimakan yang dipamerkan harus ditutup dengan sempurna

Pilih tempat makan yang bersih

  • Tidak terlalu hampir dengan jalanraya dan laluan yang sibuk
  • Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik
  • Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih
  • Menyediakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak
  • Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih
  • Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih
  • Bebas dari haiwan seperti kucing, anjjing, tikus, lalat, serangga, burung dan pepijat
  • Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat

Pilih premis makan yang mengutamakan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang betul

  • Memakai pakaian yang betul dan bersih
  • Memakai penutup kepala
  • Mengutamakan kebersihan diri (kuku yang bersih dan pendek), tidak merokok, meludah, batuk ke arah makanan, tidak menggunakan tangan untuk menyentuh makanan, menggunakan tuala yang bersih, tidak menjilat dan menggunakan jari untuk merasa
  • Tidak menyediakan makanan berhampiran dengan tandas atau longkang
Dipetik:

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan

  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

2. Menarik nafas panjang

  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air

  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri

  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri

  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.

6. Mengelakkan diri

  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

7. Mengunyah sesuatu

  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.

8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot

  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi

12. Memohon doa

  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.
Dipetik:

Tip lanjutkan hayat telefon bimbit anda

TIP 1

Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan tidak kalis habuk. Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus, dan sebarang pendedahan kepada kepanasan, kelembapan dan cecair yang mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik tersebut.


TIP 2

Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan telefon bimbit dengan cara kasar, seperti menjatuhkannya dan menghentaknya kerana ia pasti akan merosakkan papan litar dalaman.Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan telefon.


TIP 3

Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit dengan sabun dan air. Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis, pelarut pembersih, serbuk pencuci atau larutan pencuci yang kuat boleh merosakkan telefon bimbit.


TIP 4

Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada ketahanan alat-alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut. Begitu juga jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk, seperti peti ais atau tempat sejuk beku(freezer). Ini adalah kerana apabila telefon itu digunakan semula pada suhu biasa, lembapan(condensation) akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik, dan merosakkan memori dan fungsi paparan.


TIP 5

Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna. Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba.
Jika bateri dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan memendekkan hayat bateri, dan prestasinya akan menurun dan jangka masa bersedia
(standby) dan komunikasi akan menjadi lebih singkat.

Dipetik:

http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=218&Itemid=18

Tip amalan menabung

  1. Pupuk kesedaran dalam diri tentang kepentingan menabung.
  2. Pelajari dan turut serta dalam skim-skim tabungan yang menguntungkan, serta berisiko rendah.
  3. Mulakan amalan menabung dengan jumlah yang kecil setiap bulan.
  4. Jadikan tabungan anda itu sebagai perbelanjaan yang perlu dibayar setiap bulan.
  5. Mulakan dengan tabungan sebelum anda membuat sebarang perbelanjaan.
  6. Simpan syiling yang anda terima setiap kali berbelanja.
  7. Buat potongan tetap daripada gaji yang diperolehi setiap bulan ke dalam akaun bank.
Dipetik:

Tip Amalan berjimat-cermat

Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah

Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri

Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran

Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah

Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

Tip 9: Beli secara pukal

Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu

Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama

Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.

Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.

Dipetik:

http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=218&Itemid=18


Amalan lestari ketika membeli-belah

  • Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik / kompos dan tanpa racun makhluk perosak).
  • Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
  • Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
  • Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.
  • Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.
  • Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas "styrofoam" atau polisterin yang tidak boleh lupus.
  • Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
  • Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlan untuk mengurangkan pencemaran udara.
  • Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
  • Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
  • Sewa atau pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
  • Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.
  • Bawa beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
  • Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa kadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.
  • Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya adalah lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
  • Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.
  • Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
  • Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
  • Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel"Energy Star" yang menimatkan tenaga serta wang.
Dipetik:
Apa?!! Anda ada aduan tentang pengguna??? Klik
"DISINI"